PENJUAL DARI LUAR NEGARA PUN NAK BERJUAL. APA PENDAPAT KORANG?

Friday, August 12, 2011 Friday, August 12, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

0

Aku perlukan pendapat dari korang semua. Perlukah aku bukakkan pengiklanan dari penjual dari Luar Negara? Memang terdapat pertanyaan cuma aku belum bersedia lagi untuk memeri kebenaran kepad para penjual dari Luar Negara untuk mengiklankan barangan mereka disini. Murah tuh memang murah tapi apa yang aku risau barangan yang dijual Indah khabar dari rupa.

Apa pendapat korang? Haruskah aku memberi peluang kepada para penjual ini? Berkemungkinan sekali aku akan cuba untuk mendapat beberapa Stok barangan Kacamata Asli untuk dijual. Ini tunggu sekembali aku balik kekampung untuk melihat ada atau tidak Stok kacamata yang Asli yang menjadi rebutan ramai. Diharap para pengemar Kacamata Rayban dapat memberi sokongan terhadap blog ini..

RAYBAN B&L UNTUK DIJUAL | RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN ORIGINAL

Tuesday, August 9, 2011 Tuesday, August 09, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

1

Entri ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para penjual RAYBAN B&L terutamanya untuk berniaga didalam Blog yang tak seberapa ini. Segala Urusan jual beli tidak melibatkan saya. Ia adalah urusan antara si Penjual dengan Pembeli. Saya sekadar membuka ruang ini kepada pengumpul, pengemar Kacamata RAYBAN yang ASLI sahaja.

Sesiapa yang berminat, anda hanya perlu ikut Format Penjualan yang telah saya tetapkan agar mudah untuk saya kemaskinikan didalam blog ini. Perlu diingatkan Segala Urusan yang berkaitan adalah antara Penjual dan Pembeli dan ia tidak melibatkan saya. Sekiranya terdapat unsur penipuan terhadap urusan, sila maklumkan kepada saya dan saya akan menyenaraihitamkan si Penjual mahupun si Pembeli.

Diharap dengan terciptanya ruang ini, maka para pengemar kacamata RAYBAN yang ASLI dapat menjadikan ia satu sumber rujukan tentang harga terkini dipasaran Kacamata RAYBAN B&L. Diharap ia akan mendapat sokongan dari para pengemar RAYBAN Made in USA. Segala Pengiklanan pada ruang ini tidak dikenakan bayaran buat masa ini (Mungkin akan berubah mengikut peredaran semasa)

Cara-Cara Untuk mengiklan.

Hubungi Pihak Admin melalui Email di armli03@gmail.com

Syarat-syarat..

1. Setiap Pengiklanan dikehendaki menyertakan Sekurang-sekurangnya 1 Gambar Produk.

2. Segala Pertanyaan sila berurusan dengan Penjual secara terus. Pihak Admin tidak akan melayan sebarang pertanyaan mengenai Produk.

3. Setiap penjual perlu mengikut Format yang telah diberikan contoh seperti dibawah.

CONTOH :


MODEL : The General 50th Anniversary
FRAME : Frame outdoorsman bravura gold
LENSE :  RB-50 changeables mirror lens
SIZE : 62mm
CONDITION : NEW OLD STOCK @ 9.5/10

HARGA : RM1,000.00

REMARK / MAKLUMAT
Barangan untuk dijual dengan segera. Casing dan kain disertakan .Harga boleh dirunding. Berminat sila hubungi The General ditalian berikut : 012-1234567.

Diharap para pengemar, penjual dan pembeli faham dengan format diatas. Bukan untuk mengaut keuntungan tetapi sekadar berkongsi minat dengan para pengemar kacamata RAYBAN ASLI. Segala pertanyaan anda juga boleh tinggalkan diruang komen entri ini. Sekian Harap Maklum.

RAYBAN MADE IN USA | KENAPA IA MENJADI PILIHAN SAYA?

Wednesday, May 11, 2011 Wednesday, May 11, 2011 Posted by JAI
Labels: , , , ,

1

Kenapa RAYBAN MADE IN USA menjadi pilihan saya? Lain orang lain minat begitu juga saya. Apa yang membuat saya tertarik pada RAYBAN buat USA adalah kerana ia mempunyai nilai yang cukup tinggi pada pencinta kacamata Asli buatan terdahulu @ RAYBAN USA sebelum diambil alih oleh LUXOTICCA dari ITALY.


Saya rasa buatan terdahulu lagi mantap berbanding dengan Syarikat yang mengambil alih Rayban sekarang nie. Namun disebabkan nama RAYBAN adalah amat berharga dan berjenama maka orang sekarang ini tidak kisah mengenainya sama ada ia buatan Italy atau USA.

Namun perlu diingat sekiranya anda memiliki Kacamata buatan USA,sekiranya anda simpan dan dijaga dengan elok tak mustahil ia akan menjadi barangan berharga kerana kacamata buatan USA sudah menjadi kacamata yang dikategorikan sebagai barangan RARE @ barangan yang tiada dalam pembikinan lagi.

Moral of the Story. Semakin lama kacamata tersebut disimpan dan dijaga dengan elok semakin tinggi nilainya dipandangan pengumpul kacamata RAYBAN. Jadi hargailah ia.

RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN THE GENERAL 50 ARISTA GOLD

Wednesday, April 27, 2011 Wednesday, April 27, 2011 Posted by JAI
Labels: , , ,

2

Rayban USA 50 The General frame Arista 24k Gold plated. Antara RAYBAN yang diminati oleh pengemar kacamata RAYBAN. Keluaran terhad sempena Ulangtahun ke 50.Lens RB50 Mirror. Mampu menyerap 80% hingga ke 90% cahaya ultraviolet.Pilihan terbaik untuk juruterbang untuk mengelak silauan matahari. Pernah dimiliki satu ketika dahulu.


Antara kacamata yang mahu dijadikan sebahagian dari Koleksi. Harga di Pasaran atas RM1,000. Frame Solid. Dengan nose pad dan browbar berwarna PEACH menyerlahkan kecantikan kacamata ini. Casing asal berwarna jenis kulit berwarna hitam.



RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN SHARPSHOOTER & RAYBAN SHOOTER

Thursday, April 21, 2011 Thursday, April 21, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

3

Koleksi Rayban Shooter Pilihan. Bukan Milik saya tetapi milik seseorang yang saya kenali tetapi telah selamat terjual.Terdiri daripada RAYBAN SHARPSHOOTER , RAYBAN SHOOTER LEATHERS, RAYBAN SHOOTER TORTUGA. Terdapat satu lagi RAYBAN SHOOTER PRECIOUS METAL namun gambar telah mengalami kerosakan.

RAYBAN SHARPSHOOTER LENS MIRROR

RAYBAN SHOOTER LEATHERS LENS CHANGABLE BROWN

RAYBAN SHOOTER TORTUGA LENS MIRROR

Harga di Pasaran untuk RAYBAN diatas dianggarkan dalam RM1,200 ke RM1,400. Memang kesemua Koleksi RAYBAN tersebut amat terhad. Jarang dilihat dan harga cukup mahal. Namun kerana kepuasan untuk memilikinya sebagai sebahagian daripada koleksi yang cukup Istimewa.




RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN AVIATOR TORTUGA SIZE 62

Wednesday, April 20, 2011 Wednesday, April 20, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

0

RAYBAN AVIATOR TORTUGA bukan milik saya tetapi milik seseorang. Lense Changable Brown. Frame RAYBAN AVIATOR TORTUGA boleh dilihat dengan jelas terdapat belang merah pada Frame menunjukkan identiti RAYBAN TORTUGA. Saiz 62. Terbaik dalam kategori AVIATOR.

TAG DAN LABEL ASAL RAYBAN AVIATOR TORTUGA


Tulisan BL pada Lens identiti RAYBAN bersama dengan BAUSCH & LOMB yang menjadikan RAYBAN AVIATOR TORTUGA sebuah kacamata yang dikagumi ciptaannya. Saya masih tercari-cari jawapan untuk RAYBAN TORTUGA apakah Lens asal untuk kacamata model TORTUGA ini?




RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN OUTDOORSMAN TORTUGA SIZE 62 MODEL NUMBER L1712 WUAW

Tuesday, April 19, 2011 Tuesday, April 19, 2011 Posted by JAI
Labels: , , ,

2

RAYBAN TORTUGA Lense B-15 antara Kacamata RAYBAN yang pernah menjadi milik saya. Diperolehi dari penjual Negara Germany. Bentuk Frame Outdoorsman Tortuga cukup Solid namun warna belang pada Frame telah luntur warnanya mungkin disebabkan oleh faktor Usia. Di hiasi dengan Lens B-15 brown constant density lens antara lens yang saya minati.


Bersai 62 [ ] 14 sesuai untuk kegunaan sipemakai yang bermuka besar. Browbar berwarna Cokelat menyerlahkan lagi Kacamata Rayban Outdoorsman Tortuga ini. Cuma casing saya tidak pasti rupa casing untuk kacamata ini.


Harga pasaran untuk Model RAYBAN OUTDOORSMAN TORTUGA ini antara RM650 sehingga RM800. Sesetengah pemilik RAYBAN OUTDOORSMAN TORTUGA ada yang menukar lens ke CHANGABLE LENS. Tidak pasti asal LENS sama ada CHANGABLE LENS atau B-15.


Nombor Model bagi RAYBAN OUTDOORSMAN TORTUGA teletak dibahagian Hujung Temple.Warna Pemegang Temple ini juga berwarna seakan-akan warna Frame RAYBAN OUTDOORSMAN TORTUGA. Ikutkan sesiapa sahaja sesuai mengenakan kacamata ini,cuma saiz berlainan menjadikan perbeaan.


Tertera atas ' BRIDGE ' tulisan yang menarik dan tersusun B&L RAYBAN USA melambangkan keaslian sejati bagi pengumpul RAYBAN. Tulisan Halus tiada cacat cela sedikit pun kalau dibandingkan dengan RAYBAN TIRUAN.


Tertulis dibawah ' BRIDGE ' Tulisan B&L RAYBAN beserta dengan saiz kacamata ini iaitu saiz 62 [ ] 14. antara Trademark yang akan dilihat oleh pengumpul RAYBAN yang asli untuk memastikan ketulenan RAYBAN MADE IN USA.

Gambar-gambar diatas boleh dijadikan Rujukan @ Panduan buat semua untuk memastikan Ketulenan RAYBAN MADE IN USA . Diharap segala maklumat mengenai RAYBAN didalam Entri ini dapat membantu kepada sesiapa sahaja.


AWAS! RAYBAN TIRUAN DIJUAL PADA HARGA RAYBAN ASLI

Monday, April 18, 2011 Monday, April 18, 2011 Posted by JAI
Labels: ,

3

RAYBAN TIRUAN pada harga RAYBAN ASLI. Memang tak berbaloi. Tujuan saya buat blog ini agar pengemar kacamata RAYBAN jangan tertipu terbeli kacamata yang tiruan pada harga yang mahal.Terus-terang saya katakan saya sendiri hampir tertipu kerana ada sesetengah RAYBAN TIRUAN dah hampir kepada RAYBAN ASLI. Setelah diperhati dengan teliti baru tahu ia RAYBAN TIRUAN.

RAYBAN OUTDOORSMAN SHOOTER FRAME GOLD LENS MIRROR TIRUAN

TULISAN PADA 'BRIDGE' B&L RAYBAN USA NAMPAK CANTIK

TULISAN BL JENIS LARIK (HAMPIR MEMBUAT SAYA TERTIPU)

Apa yang sedihnya para peniaga ini menjual pada harga RAYBAN ASLI dan yang rugi pasti si pembeli. Kalau lihat dari gambar memang sesiapa yang melihatnya pasti terpikat. Buat pertama kali saya melihat RAYBAN TIRUAN yang tulisan BL dia jenis Larik.Setelah melakukan perbandingan dengan beberapa kacamata yang terdapat di Kedai ini, akhirnya saya akur ia adalah tiruan.

TULISAN BL LARIK YANG HAMPIR SEMPURNA

TULISAN BL DI 'NOSE PAD' MENIMBULKAN KESANGSIAN

Pelajarilah mengenali yang mana RAYBAN TIRUAN dan yang mana RAYBAN ASLI. Sekarang ni pun banyak rasanya RAYBAN ASLI buatan ITALY juga diciplak,namun saya tidak berapa mahir dalam mengenalpasti RAYBAN ASLI dan RAYBAN TIRUAN untuk buatan dari ITALY ini kerana saya tidak mengikuti perkembangan semasa RAYBAN ITALY. Diharap Informasi didalam Entri ini dapat membantu sesiapa sahaja.


RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN DIAMONDHARD PRICELESS

Sunday, April 17, 2011 Sunday, April 17, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

1

RAYBAN DIAMONDHARD. RAYBAN yang memiliki peminatnya sendiri. Antara Model RAYBAN yang terbaik dan selalunya menjadi buruan dan pilihan pengumpul kacamata RAYBAN. Ada cerita yang mengatakan RAYBAN DIAMOND hard adalah Model terakhir RAYBAN Made in USA yang direka sebelum penutupan Syarikat RAYBAN. Kesahihan tidak dapat dipastikan.


Asal Frame RAYBAN DIAMONDHARD adalah Frame GOLD. Sekiranya terdapat Frame berwarna lain bermakna ia hanyalah atas pilihan atau citarasa sipemiliki untuk variasikan LENSE yang tertulis logo RAYBAN DIAMONDHARD. Harga dipasaran ketika ini dianggarkan sekitar RM1,100 ke RM1,700. Ia juga menjadi rebutan dipasaran antarabangsa sehingga mampu mencecah harga atas RM2,000.


Kalau tak salah saya LENSE RAYBAN DIAMONDHARD mempunyai ketahanan yang tinggi kerana kalau tak silap saya,teknologi NASA digunakan dalam pembikinan LENSE ini. Itu apa yang saya dengar,namun kepastian masih belum diketahui lagi mengenainya. Untuk Casing yang tertulis RAYBAN DIAMONDHARD,harga boleh mencecah atas RM200.

RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN WAYFARER MOCK TORTOISE SIZE 5022 LENSE RB50

Saturday, April 16, 2011 Saturday, April 16, 2011 Posted by JAI
Labels: , , , ,

1

RAYBAN WAYFARER MOCK TORTOISE LENSE RB50 antara RAYBAN yang pernah saya miliki sebelum terjual pada harga RM750. Diperolehi dari Negara ITALY. Bersiza 50 22. Lense RB50 Mirror,Cukup cantik sekali. Barangan terhad.

GABUNGAN YANG MANTAP FRAME MOCK TORTOISE DENGAN LENSE RB50

SAIZ TERTULIS DI BAHAGIAN DALAM FRAME

B&L RAYBAN USA IDENTITI SEJAK DARI DAHULU

WAYFARER SATU NAMA TERUNGGUL

Trend penggunaan kaca mata ini boleh dikatakan sentiasa ada dan dipakai dan diminati oleh ramai orang. Ia tak luput oleh peredaran masa dan ia kekal menjadi satu lagenda. Terbaik dalam kategori WAYFARER terutama bila dihiasi dengan lense RB50. Namun itu citarasa masing-masing.

RAYBAN BAUSCH & LOMB WINGS GLACIER DOUBLE GRADIENT MIRROR (DGM)

Friday, April 15, 2011 Friday, April 15, 2011 Posted by JAI
Labels: , , ,

1

RAYBAN BAUSCH & LOMB WINGS MIRRORED GLACIER antara kacamata RAYBAN yang saya minati. Namun sayang ia tidak sesuai dengan muka saya berikutan saiz agak kecil. Terdapat dua Frame yang diketahui setakat ini iaitu Frame Putih dan Frame Hitam. Setiap Frame mengunakan kacamata yang berlainan warna.Saya pernah memiliki RAYBAN WINGS Glacier yang Frame berwarna Hitam.

RAYBAN BAUSCH & LOMB WINGS GLACIER DOUBLE GRADIENT MIRROR (DGM) ROSE

Untuk RAYBAN B&L WINGS Glacier frame putih, ia diserikan dengan Lense Polycarbonate DGM Rose. Untuk produk ini , ia telah wujud sejak 20 tahun yang lepas. Direka untuk kegunaan pemain-pemain SKI pada asalnya. Namun rasanya sesuai sekali untuk mereka yang menunggang Motosikal besar kerana ia memiliki pelindung mata disebelah kiri dan kanan untuk mengelak dari terkena habuk dan debu.

RAYBAN BAUSCH & LOMB WINGS GLACIER DOUBLE GRADIENT MIRROR (DGM) - LENS KEKUNINGAN


Dibeli dari USA pada harga yang berbaloi. Sekira berpandukan harga pasaran,saya anggarkan Average antara RM650 hingga RM800. Frame Plastik tertulis Made in France. Amat ringan dan yang pasti ia sesuai sekali untuk pengguna yang bermuka sederhana. Rasanya sesuai sekali diguna untuk golongan wanita. Rekaan memang cukup menarik.

RAYBAN MADE IN USA | PERBEZAAN CASING ASLI DAN TIRUAN

Thursday, April 14, 2011 Thursday, April 14, 2011 Posted by JAI
Labels: , , ,

3

Apa yang saya tahu mengenai RAYBAN MADE IN USA saya cuba kongsikan untuk kebaikan bersama. Kali ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk mengenali CASING @ BEKAS SIMPANAN untuk Kacamata RAYBAN yang Asli. Kebiasaannya teknik sebegini saya gunakan untuk mengenal pasti CASING yang Asli sejak dari dahulu lagi. Perlu diingat CASING RAYBAN yang asli juga mempunyai nilai tersendiri.

CASING ASLI RAYBAN MADE IN USA

Salah satu cara yang mudah untuk mengenali sama ada CASING @ BEKAS SIMPANAN adalah asli untuk RAYBAN MADE IN USA adalah pada bahagian BUTTON @ BUTANG Penutup CASING. Perhatikan gambar diatas. Untuk CASING @ BEKAS SIMPANAN yang asli BUTTON @ BUTANG penutup kebiasaannya ada BELAHAN. Mungkin ada yang asli tidak mempunyai belahan,namun tidak saya ketahui kesahihannya kerana setakat ini tiada maklumat yang saya perolehi mengenainya.

BENTUK BUTTON @ BUTANG PENUTUP TIRUAN

Dari apa yang saya ketahui, untuk mengenali perbezaan sama ada CASING tersebut adalah asli atau tiruan adalah bentuk BUTTON @ BUTANG berbeza. Lihat gambar diatas. BUTTON @ BUTANG yang tiruan berbentuk bulat tanpa ada belahan. Mungkin apa yang saya katakan salah tetapi inilah cara saya gunakan untuk mengenali sama ada CASING itu Asli atau Tiruan. Sekiranya ada diantara anda mengetahui mengenai teknik ini mungkin anda boleh berkongsi bersama. Diharap ini dapat membantu semua.


RAY BAN GOLD 14K ANTARA RAY BAN TERBAIK

Wednesday, April 13, 2011 Wednesday, April 13, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

5

Antara kacamata RAYBAN terunggul didunia. RAY BAN B&L AVIATOR 14K GOLD LIMITED. Buatan sekitar tahun 80 an. Kenapa ia menjadi barangan edisi Limited? Hanya terdapat 1000 pasang sahaja dikeluarkan. Setiap RAYBAN GOLD ini mempunyai Nombor siri masing-masing. Berukuran 58mm Harga pasaran dahulu pernah mencecah lebih RM10,000.00. Frame @ bingkai Made In W. Germany.


Untuk Edisi RAYBAN GOLD ini ia disertakan dengan sebuah kotak kayu dan disertakan dengan Casing yang unik iaitu 'NATURAL SUEDED BUFFALO LEATHER CASE'. Ia juga disertakan dengan Medal Bausch & Lomb yang terukir perkataan @ Pengesahan 14k GOLD. Di Malaysia tak pasti sama ada pengumpul kacamata ada memilikinya atau tidak? Tapi khabar angin ada seseorang memiliki koleksi ini.


Mengikut firasat saya..Saudara ACAN dari RAYBANWORLD disyaki telah berjaya memiliki model yang bernombor siri 0312. Bermakna setakat ini yang diketahui memiliki RAYBAN GOLD ini hanya beliau seorang sahaja dalam Malaysia memiliki koleksi terhad ini. Sekira anda mengetahui sesiapa juga yang memiliki Koleksi ini anda boleh berkongsi informasi dikomen entri ini.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails