PENJUAL DARI LUAR NEGARA PUN NAK BERJUAL. APA PENDAPAT KORANG?

Friday, August 12, 2011 Friday, August 12, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

0

Aku perlukan pendapat dari korang semua. Perlukah aku bukakkan pengiklanan dari penjual dari Luar Negara? Memang terdapat pertanyaan cuma aku belum bersedia lagi untuk memeri kebenaran kepad para penjual dari Luar Negara untuk mengiklankan barangan mereka disini. Murah tuh memang murah tapi apa yang aku risau barangan yang dijual Indah khabar dari rupa.

Apa pendapat korang? Haruskah aku memberi peluang kepada para penjual ini? Berkemungkinan sekali aku akan cuba untuk mendapat beberapa Stok barangan Kacamata Asli untuk dijual. Ini tunggu sekembali aku balik kekampung untuk melihat ada atau tidak Stok kacamata yang Asli yang menjadi rebutan ramai. Diharap para pengemar Kacamata Rayban dapat memberi sokongan terhadap blog ini..

RAYBAN B&L UNTUK DIJUAL | RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN ORIGINAL

Tuesday, August 9, 2011 Tuesday, August 09, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

1

Entri ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para penjual RAYBAN B&L terutamanya untuk berniaga didalam Blog yang tak seberapa ini. Segala Urusan jual beli tidak melibatkan saya. Ia adalah urusan antara si Penjual dengan Pembeli. Saya sekadar membuka ruang ini kepada pengumpul, pengemar Kacamata RAYBAN yang ASLI sahaja.

Sesiapa yang berminat, anda hanya perlu ikut Format Penjualan yang telah saya tetapkan agar mudah untuk saya kemaskinikan didalam blog ini. Perlu diingatkan Segala Urusan yang berkaitan adalah antara Penjual dan Pembeli dan ia tidak melibatkan saya. Sekiranya terdapat unsur penipuan terhadap urusan, sila maklumkan kepada saya dan saya akan menyenaraihitamkan si Penjual mahupun si Pembeli.

Diharap dengan terciptanya ruang ini, maka para pengemar kacamata RAYBAN yang ASLI dapat menjadikan ia satu sumber rujukan tentang harga terkini dipasaran Kacamata RAYBAN B&L. Diharap ia akan mendapat sokongan dari para pengemar RAYBAN Made in USA. Segala Pengiklanan pada ruang ini tidak dikenakan bayaran buat masa ini (Mungkin akan berubah mengikut peredaran semasa)

Cara-Cara Untuk mengiklan.

Hubungi Pihak Admin melalui Email di armli03@gmail.com

Syarat-syarat..

1. Setiap Pengiklanan dikehendaki menyertakan Sekurang-sekurangnya 1 Gambar Produk.

2. Segala Pertanyaan sila berurusan dengan Penjual secara terus. Pihak Admin tidak akan melayan sebarang pertanyaan mengenai Produk.

3. Setiap penjual perlu mengikut Format yang telah diberikan contoh seperti dibawah.

CONTOH :


MODEL : The General 50th Anniversary
FRAME : Frame outdoorsman bravura gold
LENSE :  RB-50 changeables mirror lens
SIZE : 62mm
CONDITION : NEW OLD STOCK @ 9.5/10

HARGA : RM1,000.00

REMARK / MAKLUMAT
Barangan untuk dijual dengan segera. Casing dan kain disertakan .Harga boleh dirunding. Berminat sila hubungi The General ditalian berikut : 012-1234567.

Diharap para pengemar, penjual dan pembeli faham dengan format diatas. Bukan untuk mengaut keuntungan tetapi sekadar berkongsi minat dengan para pengemar kacamata RAYBAN ASLI. Segala pertanyaan anda juga boleh tinggalkan diruang komen entri ini. Sekian Harap Maklum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails