RAYBAN B&L UNTUK DIJUAL | RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN ORIGINAL

Tuesday, August 9, 2011 Tuesday, August 09, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

Entri ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para penjual RAYBAN B&L terutamanya untuk berniaga didalam Blog yang tak seberapa ini. Segala Urusan jual beli tidak melibatkan saya. Ia adalah urusan antara si Penjual dengan Pembeli. Saya sekadar membuka ruang ini kepada pengumpul, pengemar Kacamata RAYBAN yang ASLI sahaja.

Sesiapa yang berminat, anda hanya perlu ikut Format Penjualan yang telah saya tetapkan agar mudah untuk saya kemaskinikan didalam blog ini. Perlu diingatkan Segala Urusan yang berkaitan adalah antara Penjual dan Pembeli dan ia tidak melibatkan saya. Sekiranya terdapat unsur penipuan terhadap urusan, sila maklumkan kepada saya dan saya akan menyenaraihitamkan si Penjual mahupun si Pembeli.

Diharap dengan terciptanya ruang ini, maka para pengemar kacamata RAYBAN yang ASLI dapat menjadikan ia satu sumber rujukan tentang harga terkini dipasaran Kacamata RAYBAN B&L. Diharap ia akan mendapat sokongan dari para pengemar RAYBAN Made in USA. Segala Pengiklanan pada ruang ini tidak dikenakan bayaran buat masa ini (Mungkin akan berubah mengikut peredaran semasa)

Cara-Cara Untuk mengiklan.

Hubungi Pihak Admin melalui Email di armli03@gmail.com

Syarat-syarat..

1. Setiap Pengiklanan dikehendaki menyertakan Sekurang-sekurangnya 1 Gambar Produk.

2. Segala Pertanyaan sila berurusan dengan Penjual secara terus. Pihak Admin tidak akan melayan sebarang pertanyaan mengenai Produk.

3. Setiap penjual perlu mengikut Format yang telah diberikan contoh seperti dibawah.

CONTOH :


MODEL : The General 50th Anniversary
FRAME : Frame outdoorsman bravura gold
LENSE :  RB-50 changeables mirror lens
SIZE : 62mm
CONDITION : NEW OLD STOCK @ 9.5/10

HARGA : RM1,000.00

REMARK / MAKLUMAT
Barangan untuk dijual dengan segera. Casing dan kain disertakan .Harga boleh dirunding. Berminat sila hubungi The General ditalian berikut : 012-1234567.

Diharap para pengemar, penjual dan pembeli faham dengan format diatas. Bukan untuk mengaut keuntungan tetapi sekadar berkongsi minat dengan para pengemar kacamata RAYBAN ASLI. Segala pertanyaan anda juga boleh tinggalkan diruang komen entri ini. Sekian Harap Maklum.

Comment (1)

cun ni bro

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails