Salam Sejahtera kepada para pembaca. Dah agak lama tak mengemaskini blog ini. Dah bersawang rasanya. Namun aku tetap sayang dengan blog ini kerana ia mempunyai nilai sentimental buat aku. Kali ini aku ingin berceritakan mengenai tawaran yang diterima dari penjual kacamata dari luar negara. Memang kalau ikutkan hati nak je dibeli barangan yang ditawarkan.
Setelah difikirkan baik buruk dan keadaan jualan kacamata di Malaysia agak tidak memberangsangkan, maka aku tangguhkan niat aku untuk memilikinya. Namun dari gambar yang beliau emailkan kepada aku, sedikit geram sebab barang yang ditawarkan adalah antara barangan yang cukup cantik. Rayban Wayfarer Vintage yang mempunyai nilai tersendiri dan agak sukar untuk diperolehi.
Pada pandangan aku pasti satu hari nanti, harga Rayban Made in USA bakal melonjak kembali. Trend pada masa kini nampaknya agak menurun . Sesiapa ada modal lebih memang disarankan untuk membeli dan simpan. Koleksi Rayban Asli sememangnya memiliki peminatnya tersendiri. Hanya masa sahaja menentukan kebangkitan fenomena memiliki Rayban Made in USA ini.Selamat Mengumpul kacamata Rayban Made in USA.