Showing posts with label RAYBAN WAYFARER. Show all posts
Showing posts with label RAYBAN WAYFARER. Show all posts

RAYBAN VINTAGE WAYFARER

Friday, April 20, 2012 Friday, April 20, 2012 Posted by JAI
Labels: ,

0


Salam Sejahtera kepada para pembaca. Dah agak lama tak mengemaskini blog ini. Dah bersawang rasanya. Namun aku tetap sayang dengan blog ini kerana ia mempunyai nilai sentimental buat aku. Kali ini aku ingin berceritakan mengenai tawaran yang diterima dari penjual kacamata dari luar negara. Memang kalau ikutkan hati nak je dibeli barangan yang ditawarkan.


Setelah difikirkan baik buruk dan keadaan jualan kacamata di Malaysia agak tidak memberangsangkan, maka aku tangguhkan niat aku untuk memilikinya. Namun dari gambar yang beliau emailkan kepada aku, sedikit geram sebab barang yang ditawarkan adalah antara barangan yang cukup cantik. Rayban Wayfarer Vintage yang mempunyai nilai tersendiri dan agak sukar untuk diperolehi.


Pada pandangan aku pasti satu hari nanti, harga Rayban Made in USA bakal melonjak kembali. Trend pada masa kini nampaknya agak menurun . Sesiapa ada modal lebih memang disarankan untuk membeli dan simpan. Koleksi Rayban Asli sememangnya memiliki peminatnya tersendiri. Hanya masa sahaja menentukan kebangkitan fenomena memiliki Rayban Made in USA ini.Selamat Mengumpul kacamata Rayban Made in USA.

RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN WAYFARER MOCK TORTOISE SIZE 5022 LENSE RB50

Saturday, April 16, 2011 Saturday, April 16, 2011 Posted by JAI
Labels: , , , ,

1

RAYBAN WAYFARER MOCK TORTOISE LENSE RB50 antara RAYBAN yang pernah saya miliki sebelum terjual pada harga RM750. Diperolehi dari Negara ITALY. Bersiza 50 22. Lense RB50 Mirror,Cukup cantik sekali. Barangan terhad.

GABUNGAN YANG MANTAP FRAME MOCK TORTOISE DENGAN LENSE RB50

SAIZ TERTULIS DI BAHAGIAN DALAM FRAME

B&L RAYBAN USA IDENTITI SEJAK DARI DAHULU

WAYFARER SATU NAMA TERUNGGUL

Trend penggunaan kaca mata ini boleh dikatakan sentiasa ada dan dipakai dan diminati oleh ramai orang. Ia tak luput oleh peredaran masa dan ia kekal menjadi satu lagenda. Terbaik dalam kategori WAYFARER terutama bila dihiasi dengan lense RB50. Namun itu citarasa masing-masing.

RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN WAYFARER MODEL L1727 G-31 FULL MIRROR EBONY

Wednesday, April 13, 2011 Wednesday, April 13, 2011 Posted by JAI
Labels: , , , ,

1

Rayban Wayfarer Model L1727 G-31 Full Mirror Ebony, Kacamata yang tak silap saya naik seiring dengan kumpulan musik BLUES. Juga cukup terkenal zaman 60an. Saya pernah memilikinya untuk sementara waktu sebelum dilepaskan kepada peminat kacamata Rayban Wayfarer. Terjual mengikut pasaran semasa ketika itu , kalau tak silap dalam RM750. Memiliki peminat tersendiri. Rasanya kumpulan musik yang  masih mengekal tradisi penggunaan Rayban Wayfarer ini kebanyakannya Pemusik INDIE.

KACAMATA FULL MIRROR

NEW OLD STOCK ( STOCK LAMA TAPI MASIH BARU,BELUM DIGUNAKAN)

TEMPLE SEBELAH KIRI TERTULIS PERKATAAN WAYFARER

TEMPLE SEBELAH KANAN TERTULIS B&L RAYBAN USA

TERTULIS B&L(EMBOSSED)  DIKACA

CODE SAIZ TERTULIS DIBAHAGIAN DALAM FRAME B&L 5024

TERBAIK DALAM KELAS TERSENDIRI

Rayban Wayfarer ini bersaiz 24mm (5024) memang padan dengan apa jenis lense pun. Pelbagai Lense yang boleh digunakan untuk Rayban Wayfarer ini. Dipasaran sekarang banyak Rayban Wayfarer yang tiruan dijual namun kriteria yang mudah untuk mengetahui sama ada ia Tiruan atau tidak adalah pada kacamata tertulis perkataan BL dan selalunya kacamata diperbuat dari kaca bukan plastik (Ada yang plastik @ Polarized namun untuk rayban buatan ITALY).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails