Showing posts with label RAYBAN OUTDOORSMAN TORTUGA. Show all posts
Showing posts with label RAYBAN OUTDOORSMAN TORTUGA. Show all posts

RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN OUTDOORSMAN TORTUGA SIZE 62 MODEL NUMBER L1712 WUAW

Tuesday, April 19, 2011 Tuesday, April 19, 2011 Posted by JAI
Labels: , , ,

2

RAYBAN TORTUGA Lense B-15 antara Kacamata RAYBAN yang pernah menjadi milik saya. Diperolehi dari penjual Negara Germany. Bentuk Frame Outdoorsman Tortuga cukup Solid namun warna belang pada Frame telah luntur warnanya mungkin disebabkan oleh faktor Usia. Di hiasi dengan Lens B-15 brown constant density lens antara lens yang saya minati.


Bersai 62 [ ] 14 sesuai untuk kegunaan sipemakai yang bermuka besar. Browbar berwarna Cokelat menyerlahkan lagi Kacamata Rayban Outdoorsman Tortuga ini. Cuma casing saya tidak pasti rupa casing untuk kacamata ini.


Harga pasaran untuk Model RAYBAN OUTDOORSMAN TORTUGA ini antara RM650 sehingga RM800. Sesetengah pemilik RAYBAN OUTDOORSMAN TORTUGA ada yang menukar lens ke CHANGABLE LENS. Tidak pasti asal LENS sama ada CHANGABLE LENS atau B-15.


Nombor Model bagi RAYBAN OUTDOORSMAN TORTUGA teletak dibahagian Hujung Temple.Warna Pemegang Temple ini juga berwarna seakan-akan warna Frame RAYBAN OUTDOORSMAN TORTUGA. Ikutkan sesiapa sahaja sesuai mengenakan kacamata ini,cuma saiz berlainan menjadikan perbeaan.


Tertera atas ' BRIDGE ' tulisan yang menarik dan tersusun B&L RAYBAN USA melambangkan keaslian sejati bagi pengumpul RAYBAN. Tulisan Halus tiada cacat cela sedikit pun kalau dibandingkan dengan RAYBAN TIRUAN.


Tertulis dibawah ' BRIDGE ' Tulisan B&L RAYBAN beserta dengan saiz kacamata ini iaitu saiz 62 [ ] 14. antara Trademark yang akan dilihat oleh pengumpul RAYBAN yang asli untuk memastikan ketulenan RAYBAN MADE IN USA.

Gambar-gambar diatas boleh dijadikan Rujukan @ Panduan buat semua untuk memastikan Ketulenan RAYBAN MADE IN USA . Diharap segala maklumat mengenai RAYBAN didalam Entri ini dapat membantu kepada sesiapa sahaja.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails