RAYBAN MADE IN USA | KENALI SKRU ASLI DAN TIRUAN
Tuesday, April 12, 2011
Tuesday, April 12, 2011
Posted by
JAI
Labels:
Rayban
,
RAYBAN ASLI
,
SKRU ASLI DAN TIRUAN
7
Segmen kali ini aku ingin berkongsi salah satu cara untuk mengenali RAYBAN yang asli.Antara bahagian yang paling mudah untuk mengenali sama ada sesebuah RAYBAN itu asli atau tidak adalah pada bahagian SKRU yang mengikat kacamata RAYBAN iaitu bahagian sisi kacamata. Ilustrasi dibawah diharap dapat membantu dengan lebih jelas.
BENTUK KEPALA SKRU ASLI BERBENTUK NEGATIF
Pemerhatian terhadap Skru pada bingkai tepi RAYBAN boleh mengelak kita tertipu dari terbeli RAYBAN yang Tiruan. Bentuk tempat untuk memutar skru berbentuk Negatif iaitu Lurus selari. Perhati juga Skru yang bulat agak besar sikit berbanting skru yang diguna untuk mengikat temple dimana skru kecik sikit berbanding skru yang mengikat kacamata RAYBAN.
BENTUK SKRU TIRUAN BERBENTUK POSITIF
Paling mudah untuk dikenali. Sekira korang lihat Skru pada pengikat kacamata dan pengikat temple berbentuk POSITIF. Sah! Ini adalah RAYBAN TIRUAN. Perhatikan sekali pengikat dibahagian temple. Besar kedua-dua skru sama berbanding dengan yang asli skru berbeza saiz.
Terima kasih kepada saudara ACAN kerana sudi memberi kebenaran untuk men"cilok" gambar dari blog beliau. Oh ya kalau korang nak beli kacamata RAYBAN yang asli dan terbaik dan korang boleh buat pilihan,Korang boleh sergah Blog beliau di RAYBANWORLD. Beliau merupakan salah seorang OTAI dalam dunia RAYBAN nie.
Diharap entri ini dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin membeli RAYBAN yang asli terutama RAYBAN Made In USA. Banyak RAYBAN yang bukan asli didapati dijual pada harga RAYBAN ASLI sekarang nie, jadi diharap jangan ada yang tertipu.Sekiranya ada pertanyaan sila tinggalkan dibahagian komen,akan saya cuba jawab apa yang terdaya.




