Showing posts with label RAYBAN Bausch and Lomb. Show all posts
Showing posts with label RAYBAN Bausch and Lomb. Show all posts

RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN DIAMONDHARD PRICELESS

Sunday, April 17, 2011 Sunday, April 17, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

1

RAYBAN DIAMONDHARD. RAYBAN yang memiliki peminatnya sendiri. Antara Model RAYBAN yang terbaik dan selalunya menjadi buruan dan pilihan pengumpul kacamata RAYBAN. Ada cerita yang mengatakan RAYBAN DIAMOND hard adalah Model terakhir RAYBAN Made in USA yang direka sebelum penutupan Syarikat RAYBAN. Kesahihan tidak dapat dipastikan.


Asal Frame RAYBAN DIAMONDHARD adalah Frame GOLD. Sekiranya terdapat Frame berwarna lain bermakna ia hanyalah atas pilihan atau citarasa sipemiliki untuk variasikan LENSE yang tertulis logo RAYBAN DIAMONDHARD. Harga dipasaran ketika ini dianggarkan sekitar RM1,100 ke RM1,700. Ia juga menjadi rebutan dipasaran antarabangsa sehingga mampu mencecah harga atas RM2,000.


Kalau tak salah saya LENSE RAYBAN DIAMONDHARD mempunyai ketahanan yang tinggi kerana kalau tak silap saya,teknologi NASA digunakan dalam pembikinan LENSE ini. Itu apa yang saya dengar,namun kepastian masih belum diketahui lagi mengenainya. Untuk Casing yang tertulis RAYBAN DIAMONDHARD,harga boleh mencecah atas RM200.

RAYBAN MADE IN USA | RAYBAN WAYFARER MODEL L1727 G-31 FULL MIRROR EBONY

Wednesday, April 13, 2011 Wednesday, April 13, 2011 Posted by JAI
Labels: , , , ,

1

Rayban Wayfarer Model L1727 G-31 Full Mirror Ebony, Kacamata yang tak silap saya naik seiring dengan kumpulan musik BLUES. Juga cukup terkenal zaman 60an. Saya pernah memilikinya untuk sementara waktu sebelum dilepaskan kepada peminat kacamata Rayban Wayfarer. Terjual mengikut pasaran semasa ketika itu , kalau tak silap dalam RM750. Memiliki peminat tersendiri. Rasanya kumpulan musik yang  masih mengekal tradisi penggunaan Rayban Wayfarer ini kebanyakannya Pemusik INDIE.

KACAMATA FULL MIRROR

NEW OLD STOCK ( STOCK LAMA TAPI MASIH BARU,BELUM DIGUNAKAN)

TEMPLE SEBELAH KIRI TERTULIS PERKATAAN WAYFARER

TEMPLE SEBELAH KANAN TERTULIS B&L RAYBAN USA

TERTULIS B&L(EMBOSSED)  DIKACA

CODE SAIZ TERTULIS DIBAHAGIAN DALAM FRAME B&L 5024

TERBAIK DALAM KELAS TERSENDIRI

Rayban Wayfarer ini bersaiz 24mm (5024) memang padan dengan apa jenis lense pun. Pelbagai Lense yang boleh digunakan untuk Rayban Wayfarer ini. Dipasaran sekarang banyak Rayban Wayfarer yang tiruan dijual namun kriteria yang mudah untuk mengetahui sama ada ia Tiruan atau tidak adalah pada kacamata tertulis perkataan BL dan selalunya kacamata diperbuat dari kaca bukan plastik (Ada yang plastik @ Polarized namun untuk rayban buatan ITALY).

RAYBAN 50 THE GENERAL LOGO BERBEZA

Monday, April 11, 2011 Monday, April 11, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

0

Kali ini aku ingin berkongsi mengenai RAYBAN 50 atau lebih dikenali dengan gelaran RAYBAN GENERAL. Setakat ini terdapat tiga RAYBAN 50 yang diketahui tapi aku cuma ada dua gambar RAYBAN 50 yang memiliki logo pada kacamata yang diketahui. Tulisan pada kacamata berlainan dan agak unik. Kacamata ini dikeluar sempena 50 tahun RAYBAN berada dipasaran.

LOGO YANG BIASA DILIHAT UNTUK RAYBAN 50

LOGO RAYBAN 50 YANG BERBEZA DENGAN LOGO YANG SATU LAGI

Aku cuba untuk dapatkan Lensa yang mempunyai logo yang berlainan dari dua jenis RAYBAN 50 diatas.Memang unik. Terdapat tulisan ULTRA 50 pada lensa. Akan aku cuba usahakan untuk mendapat gambar Lensa tersebut. Apa yang pasti jenama atau Model RAYBAN 50 pilihan aku. Kenapa RAYBAN 50 menjadi pilihan aku? Reka Bentuk Frame dan juga Lense Cukup SOLID.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails