RAYBAN MADE IN USA | KENALI SKRU ASLI DAN TIRUAN

Tuesday, April 12, 2011 Tuesday, April 12, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

7

Segmen kali ini aku ingin berkongsi salah satu cara untuk mengenali RAYBAN yang asli.Antara bahagian yang paling mudah untuk mengenali sama ada sesebuah RAYBAN itu asli atau tidak adalah pada bahagian SKRU yang mengikat kacamata RAYBAN iaitu bahagian sisi kacamata. Ilustrasi dibawah diharap dapat membantu dengan lebih jelas.

BENTUK KEPALA SKRU ASLI BERBENTUK NEGATIF

Pemerhatian terhadap Skru pada bingkai tepi RAYBAN boleh mengelak kita tertipu dari terbeli RAYBAN yang Tiruan. Bentuk tempat untuk memutar skru berbentuk Negatif iaitu Lurus selari. Perhati juga Skru yang bulat agak besar sikit berbanting skru yang diguna untuk mengikat temple dimana skru kecik sikit berbanding skru yang mengikat kacamata RAYBAN. 

BENTUK SKRU TIRUAN BERBENTUK POSITIF
Paling mudah untuk dikenali. Sekira korang lihat Skru pada pengikat kacamata dan pengikat temple berbentuk POSITIF. Sah! Ini adalah RAYBAN TIRUAN. Perhatikan sekali pengikat dibahagian temple. Besar kedua-dua skru sama berbanding dengan yang asli skru berbeza saiz.


Terima kasih kepada saudara ACAN kerana sudi memberi kebenaran untuk men"cilok" gambar dari blog beliau. Oh ya kalau korang nak beli kacamata RAYBAN yang asli dan terbaik dan korang boleh buat pilihan,Korang boleh sergah Blog beliau di RAYBANWORLD. Beliau merupakan salah seorang OTAI dalam dunia RAYBAN nie.


Diharap entri ini dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin membeli RAYBAN yang asli terutama RAYBAN Made In USA. Banyak RAYBAN yang bukan asli didapati dijual pada harga RAYBAN ASLI sekarang nie, jadi diharap jangan ada yang tertipu.Sekiranya ada pertanyaan sila tinggalkan dibahagian komen,akan saya cuba jawab apa yang terdaya.

RAYBAN MADE IN USA | KENALI RAYBAN YANG ASLI MELALUI NOSE PAD

Tuesday, April 12, 2011 Posted by JAI
Labels: ,

2

Entri sekadar untuk dikongsi agar ada yang tidak tertipu dengan RAYBAN CIPLAK. Disini aku akan paparkan salah satu cara untuk mengenali RAYBAN yang asli terutama RAYBAN Made In USA. Antara satu bahagian yang selalunya diperhati untuk memastikan sesebuah kacamata RAYBAN itu adalah asli atau tidak adalah melalui NOSE PAD. Banyak lagi kaedah pemerhatian sebenarnya.

NOSE PAD BERJALUR DUA (ASLI DAN BARANG RARE)

Nose Pad yang memiliki Jalur dua diatas aku beli melalui penjual dari USA. Pertama kali aku melihat aku ingat ia tiruan. Setelah membuat semakan dan bertanya,rupa-rupanya memang Wujud Nose Pad sebegini. Kalau tak salah aku Nose Pad ini dibuat dalam Tahun 80an. Ada juga khabar mengatakan Nose Pad ini adalah Keluaran yang lama semasa Perang Dunia Kedua lagi. Aku masih mengkaji Nose Pad ini..

NOSE PAD TERTULIS PERKATAAN BL (ASLI)

Nose Pad yang tertulis perkataan BL yang membawa Maksud BAUSCH & LOMB yang kini pengeluarannya telah dihentikan oelh Pihak BAUSCH & LOMB untuk RAYBAN. Sekira korang perasaan beza dengan RAYBAN Made In ITALY,Nose Pad ITALY Tertulis Perkataan RB. Tulisan BL ini adalah yang biasa didapati pada mana-mana Kacamata RAYBAN.

NOSE PAD YANG JUGA MEMILIKI TULISAN  BL (TIRUAN)

Cuba korang perhatikan betul-betul. Tulisan seakan-akan sama dengan yang asli. Kalau dilihat pada mata kasar dan tanpa pengetahuan mengenai kacamata RAYBAN yang asli pasti terbeli yang TIRUAN sebegini. Untuk mengenal pastikan perbezaannya adalah penelitian terhadap bujurnya besi pada tulisan ini.Kalau memanjang bermakna tiruan dan perhatikan juga tulisan hampir terkeluar.

Kalau ikutkan dengan tahap peniruan yang sekarang ini melebihi 75% aku rasa orang ramai mudah tertipu sekiranya penelitian terhadap sesebuah RAYBAN yang asli diabaikan. Kualiti sebuah RAYBAN TIRUAN sekarang nie dah hampir ketahap yang membimbangkan. Bayangkan ramai yang terbeli Barangan Tiruan pada harga yang Asli. Jadi pembeli-pembeli berhati-hatilah. Diharap artikel ini dapat membantu korang.

RAYBAN DRIVING SERIES MODEL L1634 YWBK FRAME OUTDOORSMAN GOLD LENS B-15

Monday, April 11, 2011 Monday, April 11, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

0

Model dulunya cukup dikenali iaitu RAYBAN DRIVING SERIES, Dengan Frame Outdoorsman Gold di serikan dengan Lens B-15 pasti yang memandang akan menjeling berkali-kali. Kalau ikutkan terdapat banyak Model untuk Driving Series nie. Elok aku buat satu persatu jadi takdelah aku ketandusan idea ek..hehe..


Saiz untuk kacamata Model ini setahu aku Saiz 58 dan 62. Aku belum jumpa lagi yang bersaiz kecik. Mungkin takde kut aku sendiri tak pasti. Lens B-15 memang sedap dipakai terutama ketika cuaca panas. Sejuk mata memandang. Barangan ini masih boleh diperolehi namun kena rajin bertanyalah sebab kekadang Stok takde.

 
 

Harga dipasaran pengumpul Kacamata RAYBAN mengikut Survey aku adalah dalam Lingkungan RM600.00 ke atas. Memang sukar untuk mendapat kacamata ini pada harga dibawah RM500 kecuali yang dah terpakai. Yang terpakai pun masih mempunyai nilai tinggi sekiranya barangan dijaga dengan elok.





RAYBAN 50 THE GENERAL LOGO BERBEZA

Monday, April 11, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

0

Kali ini aku ingin berkongsi mengenai RAYBAN 50 atau lebih dikenali dengan gelaran RAYBAN GENERAL. Setakat ini terdapat tiga RAYBAN 50 yang diketahui tapi aku cuma ada dua gambar RAYBAN 50 yang memiliki logo pada kacamata yang diketahui. Tulisan pada kacamata berlainan dan agak unik. Kacamata ini dikeluar sempena 50 tahun RAYBAN berada dipasaran.

LOGO YANG BIASA DILIHAT UNTUK RAYBAN 50

LOGO RAYBAN 50 YANG BERBEZA DENGAN LOGO YANG SATU LAGI

Aku cuba untuk dapatkan Lensa yang mempunyai logo yang berlainan dari dua jenis RAYBAN 50 diatas.Memang unik. Terdapat tulisan ULTRA 50 pada lensa. Akan aku cuba usahakan untuk mendapat gambar Lensa tersebut. Apa yang pasti jenama atau Model RAYBAN 50 pilihan aku. Kenapa RAYBAN 50 menjadi pilihan aku? Reka Bentuk Frame dan juga Lense Cukup SOLID.



RAYBAN 50 ANNIVERSARY THE GENERAL | RAYBAN 50 | RAYBAN50 MADE IN USA

Sunday, April 10, 2011 Sunday, April 10, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

0

Untuk permulaan Entri mengenai RAYBAN dalam Blog ini. Aku ingin berkongsi dengan semua antara kacamata RAYBAN yang cukup aku minati. RAY BAN 50th ANNIVERSARY "THE GENERAL" . Setakat ini yang diketahui terdapat dua Jenis Warna Frame atau Rangka yang biasa digunakan atau lebih tepat Frame Asal iaitu GOLD dan BLACK CHROME.

 RAYBAN 50 CHANGEABLES MIRROR LENS

LENS RB50 CHANGEABLES MIRROR

Yang paling aku minati adalah Frame yang menggunakan warna BLACK CHROME. Nampak solid dan kemas buatan model ini. Dipadankan dengan Cermin RB-50 changeables mirror lens. Selalunya pada temple (tempat cangkuk bahagian telinga) terdapat nombor siri dihujung temple. Kekadang ada gak yang mengguna Frame Lain digandingkan dengan Lens RB50.


Harga pasaran dulu pernah mencecah lebih RM2,000. Namun sekarang purata harga untuk RAY BAN 50th ANNIVERSARY "THE GENERAL" adalah dalam lingkungan RM1,000 sehingga RM1,500 bergantung dengan keadaan RAYBAN tersebut. Terus terang RAY BAN 50th ANNIVERSARY "THE GENERAL" inilah yang dari dulu sehingga sekarang menjadi idamanku



BUAT PEMINAT DAN PENGUMPUL KACAMATA RAYBAN MADE IN USA

Saturday, April 9, 2011 Saturday, April 09, 2011 Posted by JAI
Labels: , ,

2

Salam Sejahtera buat semua. Dah lama tak aktif blog ni. Terus-terang aku sayang blog nie kerana ia merupakan salah satu hobi aku. Mengumpul kacamata Rayban dan juga berkongsi Maklumat mengenai Rayban. Selain tempat untuk aku menjual kacamata jenama RAYBAN buatan USA, kali ini aku ingat nak masukkan juga serba sedikit entri mengenai RAYBAN (lebih kurang berceritalah yerr..)


Tapi in bergantung kepada kelapangan aku untuk mengemaskini Blog ini. Diharap ada yang menyokong blog ini nanti untuk panduan kepada peminat-peminat kacamata RAYBAN yang Asli. Jadi selain dari menjual RAYBAN blog ini juga bakal diselitkan dengan maklumat mengenai RAYBAN melalui pandangan peribadi aku yang masih kurang arif dengan RAYBAN.

Mungkin juga dengan ini peminat-peminat RAYBAN boleh berkongsi maklumat disini kerana bagi aku ia dapat memupuk semangat silaturahim diantara pengumpul-pengumpul kacamata RAYBAN dimana jua anda berada. Sama-sama kita berkongsi maklumat dan diharap dapat membantu orang lain dalam mengenal kacamata RAYBAN yang asli..Sekian



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails