AWAS! RAYBAN TIRUAN DIJUAL PADA HARGA RAYBAN ASLI

Monday, April 18, 2011 Monday, April 18, 2011 Posted by JAI
Labels: ,

RAYBAN TIRUAN pada harga RAYBAN ASLI. Memang tak berbaloi. Tujuan saya buat blog ini agar pengemar kacamata RAYBAN jangan tertipu terbeli kacamata yang tiruan pada harga yang mahal.Terus-terang saya katakan saya sendiri hampir tertipu kerana ada sesetengah RAYBAN TIRUAN dah hampir kepada RAYBAN ASLI. Setelah diperhati dengan teliti baru tahu ia RAYBAN TIRUAN.

RAYBAN OUTDOORSMAN SHOOTER FRAME GOLD LENS MIRROR TIRUAN

TULISAN PADA 'BRIDGE' B&L RAYBAN USA NAMPAK CANTIK

TULISAN BL JENIS LARIK (HAMPIR MEMBUAT SAYA TERTIPU)

Apa yang sedihnya para peniaga ini menjual pada harga RAYBAN ASLI dan yang rugi pasti si pembeli. Kalau lihat dari gambar memang sesiapa yang melihatnya pasti terpikat. Buat pertama kali saya melihat RAYBAN TIRUAN yang tulisan BL dia jenis Larik.Setelah melakukan perbandingan dengan beberapa kacamata yang terdapat di Kedai ini, akhirnya saya akur ia adalah tiruan.

TULISAN BL LARIK YANG HAMPIR SEMPURNA

TULISAN BL DI 'NOSE PAD' MENIMBULKAN KESANGSIAN

Pelajarilah mengenali yang mana RAYBAN TIRUAN dan yang mana RAYBAN ASLI. Sekarang ni pun banyak rasanya RAYBAN ASLI buatan ITALY juga diciplak,namun saya tidak berapa mahir dalam mengenalpasti RAYBAN ASLI dan RAYBAN TIRUAN untuk buatan dari ITALY ini kerana saya tidak mengikuti perkembangan semasa RAYBAN ITALY. Diharap Informasi didalam Entri ini dapat membantu sesiapa sahaja.


Comments (3)

btol tu,kt kdai spek mate pn jual slambe je kate ori,hangin btol...

anon- memang pun. Tu yang bahaya kalau tak tahu macam mana nak kenal yang asli atau tiruan. Tak pasal-pasal rugi

sekarang majoriti kat kedai spek banyak jual yg tiruan..so kena berhati-hati, kalau nak beli rayban pastikan bawa kekawan yg tahu pasal rayban ni..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails