RAYBAN MADE IN USA | PERBEZAAN CASING ASLI DAN TIRUAN

Thursday, April 14, 2011 Thursday, April 14, 2011 Posted by JAI
Labels: , , ,

Apa yang saya tahu mengenai RAYBAN MADE IN USA saya cuba kongsikan untuk kebaikan bersama. Kali ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk mengenali CASING @ BEKAS SIMPANAN untuk Kacamata RAYBAN yang Asli. Kebiasaannya teknik sebegini saya gunakan untuk mengenal pasti CASING yang Asli sejak dari dahulu lagi. Perlu diingat CASING RAYBAN yang asli juga mempunyai nilai tersendiri.

CASING ASLI RAYBAN MADE IN USA

Salah satu cara yang mudah untuk mengenali sama ada CASING @ BEKAS SIMPANAN adalah asli untuk RAYBAN MADE IN USA adalah pada bahagian BUTTON @ BUTANG Penutup CASING. Perhatikan gambar diatas. Untuk CASING @ BEKAS SIMPANAN yang asli BUTTON @ BUTANG penutup kebiasaannya ada BELAHAN. Mungkin ada yang asli tidak mempunyai belahan,namun tidak saya ketahui kesahihannya kerana setakat ini tiada maklumat yang saya perolehi mengenainya.

BENTUK BUTTON @ BUTANG PENUTUP TIRUAN

Dari apa yang saya ketahui, untuk mengenali perbezaan sama ada CASING tersebut adalah asli atau tiruan adalah bentuk BUTTON @ BUTANG berbeza. Lihat gambar diatas. BUTTON @ BUTANG yang tiruan berbentuk bulat tanpa ada belahan. Mungkin apa yang saya katakan salah tetapi inilah cara saya gunakan untuk mengenali sama ada CASING itu Asli atau Tiruan. Sekiranya ada diantara anda mengetahui mengenai teknik ini mungkin anda boleh berkongsi bersama. Diharap ini dapat membantu semua.


Comments (3)

salam ziarah...

jom lawat blog buaya...hehe

Bos.. saya rasa button yang ada tulisan victory atau Dot Cherry adalah original.

Hi, quick correction, circular button does not necessarily means fake.
I have collection of old ray bans, some indeed came with the button as the 1st picture, some are circular button.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails