RAYBAN MADE IN USA | KENALI RAYBAN YANG ASLI MELALUI NOSE PAD

Tuesday, April 12, 2011 Tuesday, April 12, 2011 Posted by JAI
Labels: ,

Entri sekadar untuk dikongsi agar ada yang tidak tertipu dengan RAYBAN CIPLAK. Disini aku akan paparkan salah satu cara untuk mengenali RAYBAN yang asli terutama RAYBAN Made In USA. Antara satu bahagian yang selalunya diperhati untuk memastikan sesebuah kacamata RAYBAN itu adalah asli atau tidak adalah melalui NOSE PAD. Banyak lagi kaedah pemerhatian sebenarnya.

NOSE PAD BERJALUR DUA (ASLI DAN BARANG RARE)

Nose Pad yang memiliki Jalur dua diatas aku beli melalui penjual dari USA. Pertama kali aku melihat aku ingat ia tiruan. Setelah membuat semakan dan bertanya,rupa-rupanya memang Wujud Nose Pad sebegini. Kalau tak salah aku Nose Pad ini dibuat dalam Tahun 80an. Ada juga khabar mengatakan Nose Pad ini adalah Keluaran yang lama semasa Perang Dunia Kedua lagi. Aku masih mengkaji Nose Pad ini..

NOSE PAD TERTULIS PERKATAAN BL (ASLI)

Nose Pad yang tertulis perkataan BL yang membawa Maksud BAUSCH & LOMB yang kini pengeluarannya telah dihentikan oelh Pihak BAUSCH & LOMB untuk RAYBAN. Sekira korang perasaan beza dengan RAYBAN Made In ITALY,Nose Pad ITALY Tertulis Perkataan RB. Tulisan BL ini adalah yang biasa didapati pada mana-mana Kacamata RAYBAN.

NOSE PAD YANG JUGA MEMILIKI TULISAN  BL (TIRUAN)

Cuba korang perhatikan betul-betul. Tulisan seakan-akan sama dengan yang asli. Kalau dilihat pada mata kasar dan tanpa pengetahuan mengenai kacamata RAYBAN yang asli pasti terbeli yang TIRUAN sebegini. Untuk mengenal pastikan perbezaannya adalah penelitian terhadap bujurnya besi pada tulisan ini.Kalau memanjang bermakna tiruan dan perhatikan juga tulisan hampir terkeluar.

Kalau ikutkan dengan tahap peniruan yang sekarang ini melebihi 75% aku rasa orang ramai mudah tertipu sekiranya penelitian terhadap sesebuah RAYBAN yang asli diabaikan. Kualiti sebuah RAYBAN TIRUAN sekarang nie dah hampir ketahap yang membimbangkan. Bayangkan ramai yang terbeli Barangan Tiruan pada harga yang Asli. Jadi pembeli-pembeli berhati-hatilah. Diharap artikel ini dapat membantu korang.

Comments (2)

So do you mean that both he non-BL nose pad and the BL nose pad are genuine? I have a pair that has the non-BL nose pads and no "Ray Ban" white logo on the lens. It has BL engraved on both lenses and B&L RAY BAN USA on the top bridge.
What do you think?
Best regards.

Jay-Jay - Yup!! The one non B&L nose pad which just a straight line was manufactured if i not mistaken in 80s. I can't telling you whithout the picture. Some lens do have B&L logo without the white logo on the lens. If you need to verify your rayban is fake or not just email me the clear picture of your rayban and i'll try my best to study whether your rayban is original or not. here my email armli03@gmail.com Thanks

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails